Monday, 10 October 2011

Mak maNa~?? :'(

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. 

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday, 8 October 2011

CinTa diTolak ??..JgN sedihh2~!

Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita~ :)

Hari nie c'h nak story tentang perihal cinta ditolak..  Cinta ditolak ..  Oke, camni, pada sapa sapa yang pernah ke dunia cintan cintun, mesti ada melalui onak ranjau ni kan. Untung nasib, orang kata syok tu pun syok kat kita, kalau tak, anda mesti akan menonggeng kat atas bantal, sambil tangan letak kat dahi, bukak lagu mp3 sedih sedih, pastu mengelamun.. Kan kan kan? 

Urm, Pada pendapat c'h la kan, kalau seseorang itu menolak cinta anda. Jangan la sesekali pi benci dia.. jangan eay :) ..

C'h tau, perasaan ditolak orang yang kita impikan tu amat la pedih macam kita lari atas kaca kan?:') Tapi.. Percayalah, ada hikmah disebalik tu semua.. 


Kalau cinta ditolak, tak bererti anda gagal okeh ! Tak gagal ! Anda bukan seorang yang loser bila cinta anda ditolak... Sebaliknya, anda adalah seorang superhero ! Yup.. Superhero yang berani meluahkan hasrat dalaman anda yang kecik dan terindah tu.. Superhero yang meluahkan niat murni kepada insan yang disayangi.. Tak ke hebat namanya ? :)


Jadi, apa yang perlu korang buat lepas cinta ditolak ni senang je.. Kalau cinta anda ditolak,jangan la sedih eay.. Sebab korang bukan nya tau jodoh korang dengan sape kn? Mana la tau kut2 si dia yg tolak korang tu jodoh korang ke, mungkin dye tak sedar lagi ke, Allah nak bgi dia sedar lambat sikit ke..Tup tup.. Dia datang balik cari korang.. Kerja Allah kita takleh nak ramal.. sabar eay,jangan sedih2 :')

Benda ni mudah je.. Serah kan kat Allah.. Dia lagi tau segala gala yang akan berlaku dalam hidup kita ni.. Buat pe la nak sedih sedih ... Kalau dah jodoh korang, ditolak ke, di larikan ke, di jauhkan ke, di remove friends ke, di deactivate ke, di delete contack list ke, tetap dia akan jadi jodoh korang jgak.. Percaya la pada Kun Fa Ya Kun.. janganla sesekali patah hati~byk kn berdoa ye. :')


Oke..smpai sini je lah pertemuan kite hri ni...bye!..Assalamualaikum~ :DD

Tuesday, 20 September 2011

aRaK pEmUsNaH rUmaH tAnGgA!!!

ARAK!!! <-----BNDE yg paling c'h bncii...nak tau knape??..


SEBAB...arak nie boleh merosakkan ape je bnde yg baek....org yg mnum bnde nie mmg akan rosak akidah..org yg dlu nye baek, akan jdi mnusia pling jhat dlam dunia.....dia akan mule lupe diri,lupa kluaga & lupa sgala gala lah.......lepak ngn kwan smpai pkul dua tiga pagii...bile balik rumah,dye akan criii satu msalah untuk dipergaduh kn!...sekecil mne pn bnde tu yg x kne,dye akan besarkn smpai org jdii bncii kt dye....dye akan mule mngungkit kjadian lame....dye akan buat seluruh kluarga mnjadi bnci kt dye......YG PLEK NYE......knape org yg mnum bnde nie akan lupe ap yg dye buat mse mbuk tu pda esok hri nye?....pngaruh arak nie mmg hebat!..BOLEH ROSAKKAN KELUARGA yg dulu nya bahagia mnjadiii HURU HARA.......klau dibiarkan lme2...WAJIB smua org dlam rumah akan kluar lari dri rumah.......hidup sndiri lebih tenang dn rilex brbanding hdup serumah dgn pemabuk.......


Tpi..kite sbgaii ahli kluaga hrus membimbing mereka ke jlan yg bnar..mmg la kesABaran mnusia ada had nya,tpii ap salah nya mncuba.....bimbing mereka ,nasihati lah mereka....andai kata segala usaha tidak berhasil...maka mulakan lah langkah seterusnya dan biarknlah mereka brsendirian dn mnginsafi kesilapannya sndiri.....kita sbgaii ahli kluaga yg stia, jgn la jemu BERDOA kpada ALLAH s.w.t supaya memberikan HIDAYAH kpada mereka dn memberikn ptunjuk kpada mereka ke jln yg bnar.....sesungguhnya DoA iTu sEnJaTa KuKuH bGi uMaT IsLam!........ :') <3


Smpaii disini dlu yerr...bye2 ..Assalamualaikum....
BARAKALLAH HULLAKUM~! semoga allah berkati kamu....  : D

Friday, 16 September 2011

KAWAN :)

KaTe mAk, KAWAN mCaM MEGGIE, MKANAN rUtIn BiLe SUSAH. . .KaTe AbaH pLaK KAWAN tU McM BISKUT, kJaP aDe KjAp TaKdE. . .kAtE aTuK, KAWAN mCm ASTRO, McM2 aDe. . .TapI SyE tAk kIsAh KAWAN tU mCm MnE pUn. . .BgI sYe, SaTu KaLi DiA dA bKaWan nGaN sYe, DiA aKaN tEtAp jDy KAWAN sYe SlAmAnYa. . . :') <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3

Wednesday, 14 September 2011

CaRa Sayangi keLuarga..

Tibe2 tnGan c'h nie rsE gaTaL nk buat karanGan la harii niE...haha :D
oke, tajUk karanGan kiTa hari niE iaLah, Bagaimanakah CarA sayA mnYayangi keLuarga sayA?.. ;)
Lets start~! hehe..ehem2


  Kasih sayang adalah teras keluarga bahagia.Itu adalah salah
satu cara saya menyayangi keluarga saya dengan menunjukkkan
kasih sayang yang tinggi kepada mereka.

   Justeru itu,aspek emosi dan mental dalam kasih sayang juga
penting.Ini merangkumi galakan,sokongan,hormat-menghormati dan
bimbingan ahli keluarga.

   Selain itu,jika salah seorang dari ahli keluarga saya yang menghadapi
masalah,saya akan sedia membantu dan mendengar masalah mereka
dengan setia tanpa jemu.Saya akan cuba menenangkannya dengan
memberikannya semangat dan nasihat yg sesuai.

   Tambahan pula,golongan-golongan muda zaman sekarang sangat memerlukan
kasih sayang yang sangat mencukupi daripada keluarga tercinta untuk menjalani
kehidupan yang bahagia.

   Oleh itu,saya akan sentiasa ada bersama keluarga pada bila-bila
masa mereka memerlukan saya.Saya juga sentiasa memberikan bimbingan kepada
adik-adik saya dalam melakukan sesuatu perkara.

   Akhir sekali,saya sentiasa menghormati ibu-bapa serta abang saya.Ini akan
menunjukkan sikap cinta terhadap keluarga yang sangat mendalam.Begitulah cara saya
menyayangi keluarga saya.Saya harap saya dapat mengekalkan semua ini kerana
keluarga bahagia menjamin kehidupan yang harmoni.

CinTa & kEikhLasan seOrang sahabaT.. :

Assalamualaikum smua~  
C'h ingt c'h nk citerr tentang cinta seorang sahabat lah..hehe..ntah knape rse tringin plak ;)...c'h tau pasti rmai org kt luar sane yg pernah/sedang/masih memendam perasaan cinta pda sahabat mereka sndiri...mmg x dinafikan perkara seperti ini brlaku krna cinta itu buta dn x mngira sesiapa sahaja untuk dicintaii..namun,pstii ada  byk halangannya jika kita mula merasakan cinta pda seorang sahabat yg sering berkongsi crita suka & duka dgn kita.....jdi untuk itu mrilah kita hayati Luahan hatY seorang gadiz nie yg sgt2 mncintai sahabat karibnya.....
amat mnyayat hatii c'h :'|


SAHABAT SYG..
Aku mengharapkan kata-kata cinta yg diluahkan itu adalah untuk ku..namun bukan..cinta nya hanya untuk gadis yg dia cintai..gadiis yg akan selalu dihati nya...dan itu bukan aku...MUSTAHIL itu AKU......

Kadangkala aku binggung,mengapa aku masih melayannya sedangkan aku diperlakukan sebegini....mengapa aku masih sabar....mengapa aku tidak marah kpadanya MALAH  aku hanya memendam perasaanku


Dlu,tiap kali dia kesunyian & sedih,aku yg sntiasa mnemninya & menggembiraknnya.nmun,ketika dia gmbira & x lgi ksnyian,aku ditinggal kan olehnya seperti SAMPAH..aku di ibratkn sperti BENDA yg hanya di gunakan bila diperlukan sahaja.Apabila tidak diperlukan.aku dia lupakan .. :'(

Skrang,aku disruh mnemani nya lgi dikala dia kesepian,sedangkan aku sdg cba mnjauhkn dri darinya.apa yg hrus ku lkukn?trus menemninya atau trus mnjauhkn dri darinya?.aku binggung..aku memendam perasaanku yg amat BENCI+DENDAM+GERAM terhadap nya...namun disebalik smua itu...aku juga memendam satu lagii perasaan yg kurasakan ianya bernama CINTA+KASIH SAYANG.. :')

Suatu hari dlam satu perbualan talefone,dia berkata padaku..
''SAYA SAYANG AWAK SANGAT SEBAGAI KAWAN BAEK SAYA!" ..entah mengapa dngan tidak semena-mena aku  merasa pipiku dijatuhi setitik air yg jernih...tnpa ku sedarii aku mengalirkan air mata setelah mendengar kata-kata nya itu...

Entah mengapa aku bisa mengalirkan air mata deminya...entah mengapa aku mengharapkan perkataan sayangnya itu tadii lebiihh darii seorang kawan baek..

Rupa-rupanya,baru ku sedar.....selama ini,AKU TELAH JATUH CINTA PADANYA....ku ingin melihatnya bahagia....kerana aku gembira melihatnya bahagia......walaupun hatiku bgaii dirobek melihatnya bersama sidia,namun aku kuatkan semangat....dan aku akan terus berusaha menjadii teman yg baek & yg selalu ada wktu dia memerlukan aku....

Aku rela sakit & aku rela menderita...asalkan aku dpat mendengar gelak tawa & dpat menyaksikan senyuman nya yg manis...itu cukup membuatkan ku bahagia......

Walaupun aku tidak akan menjadii gadis yg dia cintaii...namun aku pastii,tanpa ku dia akan merasa kesunyian...tanpa ku,tiada lah yg menemaninya diwaktu sedih dan pilu....Dan walaupun mustahil bgiku untuk memilikinya,aku tetap gembira kerana masiih ada ruang untukku didalam hatinya...ruang untuk SAHABAT nya yg sentiasa menemaninya..iaitu AKU!... :) ..aku cukup menghargaiinya..

Aku akan menjaga persahabatan kamiii SAMPAI BILA-BILA... =p
JIKA ADA JODOH,PASTI XKN KEMANA...Insya-allah.... :)

Jgnlah kita ptuskan perSAHABATan demii CINTA,kerana PERSAHABATAN adalah lebih bermakna berbanding CINTA....Hargaii lah sahabatmuuu wahai temann.....sayangiii lah mereka..

AKU AKAN SENTIASA MENCINTAI NYA WALAUPUN AKU TIDAK DPAT MEMILIKINYA~ :')
AKU AKAN SENTIASA DISINI MEMENDAM PERASAAN KU UNTUK NYA :'(

-kutujukan khas buat lelakii idamanku- :')
-Semoga dia bahagia bersama gadis yg dia cintaii- :') ..... The End~ ...

Amacam smua? sdih kn...gadiz tu mementingkn persahabatannya dan tidak mementingkan diri sendiri...sesungguhnya ptuskan persahabatan itu adlah berdosa besar...C'h hrap korang smua jgn lah sdihh klau2 cinta ditolak atau x kesampaian kerana kalau kita ikhlas mncintai seseorang tu kita pasti tidak mngharapkan balasan..itu baru cinta yang ikhlas.Jika kita mncintainya seikhlas hati, kita x akan mngharapkan cinta kita terbalas.Andai dia menerima cinta kita,kita ptut bersyukur..Namun, andai dia menolak cinta kita,kita patut lebih bersyukur..Nah, sekarang Allah sedang mnguji sejauh mana keikhlasan kita. Allah s.w.t sayangkn kita. Kita ptut lebih bersyukur.. Allhamdulillah~ :) 

C'h harap topik kali nie sdikit sbnyak dpat membantu korang dlam mnghadapi konflik prcintaan sperti ini la yerr...InsyaALLAH ..hehe..oke la smpai sini dulu yerr tuliss2 taiip2 nyerr....next timE plaK...bye! :D <3